resep malaysia 2

 





piring tahan panas 

dan tuangkan kuah ke atasnya. Kukus di atas 

air mendidih selama 10-12 minit. Uji sama ada 

ikan telah masak dengan mencucuk pisau kecil 

ke bahagian ikan yang paling tebal. Jika daging 

dibelah dengan mudah, ikan telah pun masak.

3. Hidangkan panas dengan hirisan daun bawang 

dan daun ketumbar.

300-400 g ikan tilapia merah, dibersihkan

20 g (1 sudu makan) pes taucu (kacang soya awet), 

dilecek

5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang halus

10 g (½ inci) halia, dihiris

7 ml (½ sudu makan) minyak masak

30 ml (2 sudu makan) air

4 g (½ biji) cili merah, dicincang (ikut pilihan)

1 tangkai daun bawang, dicincang

1 tangkai daun ketumbar, dicincang

Bahan-bahan

Cara memasak

Tilapia Taucu Kukus 

(Hidangan untuk 4 orang)

Tip Pemakanan

•  Taucu terkenal dalam masakan Cina 

dan Indonesia. Ia merupakan pes 

yang diperbuat daripada kacang 

soya yang diawet dan rasanya 

masin. Semasa memasak taucu, 

disarankan agar menggunakan hanya 

sedikit garam atau lebih baik tidak 

menggunakannya langsung. 

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  94 kcal Karbohidrat  1.0 g

Protein  15.2 g Lemak  3.2 g


1. Salaikan daun pisang di atas api kecil 

hingga sedikit lembut. Potong daun pisang 

menjadi beberapa kepingan cukup untuk 

membalut ikan. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang 

telah dikisar dengan buah keras di atas 

api sederhana sehingga wangi dan sedikit 

garing. Masukkan jus limau nipis, daun 

limau purut, gula dan garam secukup rasa. 

Tumis sehingga sebati. Tambah sedikit air 

jika perlu.

3. Renihkan selama 2 minit dan masak hingga 

sambal sedikit pekat. Masukkan bendi dan 

gaul sebentar. Padamkan api.

4. Lapikkan daun pisang di atas foil aluminum. 

Susun 2-3 ekor ikan di atas daun pisang 

tersebut.

5. Tuangkan sambal ke atas ikan dengan rata. 

Tutup ikan dengan kepingan aluminum dan 

lipatkan sekelilingnya kemas sehingga tiada 

udara dapat keluar. Ulangi langkah yang 

sama untuk ikan yang lain.

6. Letakkan balutan ikan dalam aluminum 

di atas kuali leper dengan api sederhana. 

Masak secara en papillotte selama lebih 

kurang 10 minit. 

7. Hidangkan bersama nasi panas.

600 g (5 ekor sederhana) ikan kembung, dibersihkan

60 g (5 biji) bendi, dihiris menyerong

4 keping balutan aluminum berukuran 20 cm x 20 cm

1 helai daun pisang lebar

18 g (½ biji) limau nipis, diperah jusnya

30 g (4 biji) cili merah

80 g (8 biji) bawang merah

20 g (4 ulas) bawang putih 

60 g (2 batang) serai 

5 g (1 sudu teh) belacan

10 g (1 sudu makan) serbuk cili

45 g (4 biji) buah keras 

2 keping daun limau purut

250 ml (1 cawan) air

45 ml (3 sudu makan) minyak

Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan

Cara memasak

Ikan En Papillotte ala Portugis

(Hidangan untuk 5 orang)

Tip Hidangan

•  Untuk menghapuskan bau 

hanyir, rendam ikan dengan air 

asam jawa selama kira-kira  

15 minit, kemudian bilas bersih 

sebelum memasak.

Tip Pemakanan

•  Disarankan untuk makan  

1 hidangan ikan setiap hari. 

Pilih ikan berminyak seperti 

sardin, siakap, cencaru, bawal 

hitam dan tenggiri kerana ia 

mengandungi asid lemak tak 

tepu (asid lemak omega-3).

dikisar}

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  158 kcal Karbohidrat  0.6 g

Protein  17.9 g Lemak  9.3 g

Makan Tengah Hari & Malam

74


76

Makan Tengahari & Malam

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga wangi. 

Masukkan ketam dan teruskan memasak.

2. Masukkan sos dan kira-kira ½ cawan air. Tutup kuali dan renihkan selama kira-kira  

15 minit, atau sehingga ketam masak dan kuah menjadi pekat.

3. Masukkan lada benggala diikuti daun ketumbar. Kacau dan biarkan sebentar.

4. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau dengan cepat untuk mengelakkan telur 

bergumpal.

5. Padamkan api. Angkat dan sajikan dengan hirisan daun bawang.

1 kg (5 ekor) ketam biru, dibersihkan

1 biji telur, dipukul

50 g (½ biji) lada benggala hijau, dihiris

32 g (2 biji) cili merah

50 g (1 labu) bawang putih

20 g (1 inci) halia

60 g (6 biji) bawang merah

15 ml (1 sudu makan) minyak

1 tangkai daun ketumbar, dicincang

2 batang daun bawang, dipotong 1 inci

Bahan-bahan

45 ml (3 sudu makan) sos cili

75 g (5 sudu makan) sos tomato

7 g (½ sudu  makan) gula perang

15 ml (1 sudu makan) cuka

125 ml (½ cawan) air

1.25 g (½ sudu teh) tepung jagung, dilarutkan dalam ¼ cawan air 

Garam dan lada sulah secukup rasa

Sos

Cara memasak

Ketam Masak Masam Manis   

(Hidangan untuk 5 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  116 kcal Karbohidrat  4.5 g

Protein  19.5 g Lemak  2.2 g

Tip Pemakanan

•  Makanan laut secara 

amnya mengandungi kalori 

yang rendah berbanding 

dengan makanan sumber 

protein haiwan yang lain. 

Namun ketam mengandungi 

kolesterol yang tinggi, maka 

hadkan pilihan hidangan 

ketam.

dikisar}

 e g  Hari & M lam


78

Makan Tengah Hari & Malam

1. Untuk membuat rempah tom yam, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang 

telah dikisar sehingga wangi. Masukkan pes tom yam dan teruskan menumis.

2. Tambah sedikit air. Masukkan lobak merah, bunga kubis, brokoli dan jagung satu 

demi satu. Teruskan memasak selama 5 minit, dan masukkan daun limau purut, 

halia, garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau sebentar dan padamkan api. 

Masukkan jus limau.

3. Letakkan ikan di atas pinggan tahan panas dan tuangkan rempah tom yam di 

atasnya. Lumurkan sebati di atas ikan bersama sayur-sayurannya.

4. Masukkan ikan ke dalam pengukus dan kukus sehingga masak selama kira-kira  

10 minit.

5. Hidangkan semasa panas bersama hiasan daun pudina.

600 g (1 ekor sederhana) ikan tilapia, dibersihkan

15 g (⅓ inci) halia, dihiris

30 g (¼ saiz sederhana) lobak merah, dipotong memanjang

50 g (1 cawan) bunga kubis, dipotong kecil

50 g (1 cawan) brokoli, dipotong kecil

50 g (1 cawan) jagung kecil, dihiris menyerong

Hiasan: daun pudina

100 g (6 biji) cili merah segar

120 g (12 ulas) bawang merah

10 g (2 ulas) bawang putih

30 g (1 batang) serai

1 cm lengkuas

35 g (2 sudu makan) pes tom yam

15 ml (1 sudu makan) jus limau

15 ml (1 sudu makan) minyak

3 helai daun limau purut

125 ml (½ cawan) air

Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan

Rempah Tom Yam

Cara memasak

Tom Yam Ikan dengan Sayuran    

(Hidangan untuk 2 – 3 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  71 kcal Karbohidrat  0.2 g

Protein  14.6 g Lemak  1.3 g

dikisar}

Tip Hidangan

•  Cara memasak ini sesuai untuk 

semua jenis ikan. Rempah tom 

yam akan menghapuskan bau 

hanyir ikan.

•  Gantikan atau tambahkan 

sayur-sayuran yang lain seperti 

tomato, kacang panjang dan 

kacang bendi.

79

1. Kupas kulit telur. Bilas dan toskan.

2. Belah telur memanjang kepada 2 bahagian. 

Dengan berhati-hati, keluarkan kuningnya.

3. Masukkan kuning telur ke dalam mangkuk 

besar. Campurkan dengan mayonis dan 

bawang putih. Gaul rata hingga sebati.

4. Masukkan udang, daun ketumbar dan lada 

hitam ke dalam campuran kuning telur. Lenyek 

campuran sehingga menjadi lembut.

5. Isikan setiap separuh putih telur rebus dengan 

campuran kuning telur tersebut.

6. Sejukkan seketika sebelum dihidangkan.

5 biji telur rebus

90 g (½ cawan) udang, dikupas kulitnya, direbus 

dan dicincang

8 g (½ sudu teh) mayonis rendah lemak

5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang

2 tangkai daun ketumbar, dicincang halus

Lada hitam secukup rasa

Bahan-bahan

Cara memasak

Telur Sumbat

(Hidangan untuk 5 orang)

Tip Pemakanan

•  Kuning telur adalah tinggi kandungan 

vitamin A, D dan zat besi.

•  Pengambilan telur disarankan bagi 

semua individu yang sihat. Jika 

pengambilan lemak daripada daging 

dan produk tenusu tidak berlebihan, 

tidak perlu hadkan pengambilan 

kuning telur.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  93 kcal Karbohidrat  0.9 g

Protein  9.4 g Lemak  5.8 g

Tip Hidangan

•  Untuk kepelbagaian, 

tambahkan kacang pea rebus 

yang dicincang halus, lobak 

merah, dan saderi.

80

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih 

dan halia sehingga wangi dan sedikit garing.

2. Masukkan daging ayam dan tumis selama beberapa minit. Tambahkan 

2 cawan air dan didihkan. Tambahkan kicap pekat, sos tiram, lada hitam 

dan minyak bijan. Renihkan selama beberapa minit.

3. Masukkan udang, lobak merah, brokoli, lada benggala dan cendawan. 

Teruskan merenih sehingga sayur-sayuran lembut.

4. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa.

5. Tuangkan tepung jagung dan kacau perlahan-lahan sehingga kuah 

menjadi pekat.

6. Matikan api dan tuangkan kuah di atas yee mee.

7.  Hidangkan semasa panas.

160 g (4 keping) yee mee kuning, dicelur dan ditos

100 g ayam bahagian dada, dipotong kecil

100 g (10 ekor) udang, dibuang kepala dan ekor

20 g (10 biji) cendawan hitam, direndam dan dihiris nipis

50 g (½ biji) lobak merah, dipotong panjang

50 (½ cawan) brokoli, dipotong kecil

50 g (½ biji sederhana) lada benggala, dihiris nipis

250 ml (2 cawan) air

20 g (4 ulas) bawang putih, diketuk

20 g (2 biji) bawang besar, dihiris nipis            

20 g (1 inci) halia, diparut

20 g (1 sudu makan) sos tiram

30 ml (2 sudu makan) kicap pekat

2.5 ml (½ sudu teh) minyak bijan

7 g (1 sudu makan) tepung jagung, dibancuh sebati dengan sedikit air

15 ml (1 sudu makan) minyak

Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa

Bahan-bahan

Cara memasak

Mi Sizzling    

(Hidangan untuk 4 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  241 kcal Karbohidrat  31.4 g

Protein  16.7 g Lemak  5.4 g

Tip Hidangan

•  Mi sizzling dihidangkan dalam 

pinggan panas. ‘Sizzling’ 

berasal dari perkataan bahasa 

Inggeris iaitu bunyi ‘berdetar’ 

apabila mi itu dimasak di atas 

kuali panas.

Tip Pemakanan

• Hidangan ini merupakan 

hidangan yang lengkap 

kerana ia mengandungi 

karbohidrat dari mi, protein 

dari ayam dan udang, mineral 

dan vitamin daripada sayur-

sayuran.

Makan Tengah Hari & Malam


82

1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk sederhana besar.

2. Tumiskan bawang, bawang putih, lada merah, lada hijau dan batang saderi 

sehingga garing dan keperangan.

3. Masukkan beras diikuti serbuk paprika dan kunyit. Tuangkan stok ayam bersama 

dada ayam dan biarkan mendidih.

4. Masukkan isi ketam, udang, kerang dan kupang. Gaul sebati, kemudian masukkan 

garam dan lada sulah secukup rasa untuk menjadikan paella.

5. Tutup paella dan renihkan dengan api kecil selama kira-kira 20 hingga 25 minit 

sehingga masak. Kemudian masukkan sayur-sayuran campur bersama jus lemon. 

Gaulkan rata dan masak sebentar sehingga sayur sedikit lembut.

6. Tutup api dan hidangkan semasa panas bersama hirisan lemon dan daun sup.

480 g (2 cawan) beras, dibasuh dan ditos

300 g (1⅓ cawan) dada ayam, tanpa kulit dan dipotong kecil

400 g (4 cawan) udang, dikupas kulitnya

100 g isi ketam

60 g (6 ekor) kerang, dibersihkan

60 g (7 ekor) kupang, dibersihkan

30 g (¼ cawan) batang saderi, didadu

220 g (1 cawan) sayur-sayuran campuran (jagung, lobak merah dan 

kacang pis)

30 g (¼ cawan) lada merah dan hijau, dipotong dadu

30 ml (2 sudu makan) jus lemon

26 g (1 biji) bawang besar, dipotong dadu

20 g (4 ulas) bawang putih, dicincang

330 ml (1¾ cawan) stok ayam

3 g (½ sudu teh) serbuk paprika manis

7 g (½ sudu makan) serbuk kunyit

1 tangkai daun sup, dicincang

30 ml (2 sudu makan) minyak zaitun

Garam dan lada sulah secukup rasa

Hiasan: hirisan lemon

Bahan-bahan

Cara memasak

Paella Makanan Laut    

(Hidangan untuk 4 – 5 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  374 kcal Karbohidrat  64.4 g

Protein  19.4 g Lemak  4.6 g

Tip Pemakanan

• Resipi ini adalah baik kerana 

ia mengandungi pelbagai jenis 

makanan laut yang rendah 

lemak. Ia juga satu hidangan 

yang lengkap kerana ia 

mengandungi karbohidrat 

daripada nasi, protein dan 

mineral daripada makanan 

laut, vitamin daripada sayur-

sayuran.

Tahukah Anda?

Paella boleh dijumpai dalam 

pelbagai jenis, bergantung 

kepada bahan tempatan yang 

boleh didapati. Oleh itu ia 

terkenal sebagai makanan 

versatil di Sepanyol.

Makan Tengah Hari & Malam


1. Campurkan daging cincang dengan serbuk 

lada hitam, kicap, madu dan daun thyme. 

Perap selama 2 jam.

2. Rebus ubi kentang bersama kulitnya. Setelah 

lembut, kupas kulitnya dan lecek bersama 

susu dan keju. Ketepikan.

3. Tumis bawang besar dengan minyak hingga 

wangi dan masukkan daging yang telah 

diperap. Tumis sehingga daging masak dan 

tidak lagi berwarna merah jambu. Tuangkan 

stok sayuran bersama lobak merah. 

4. Renihkan sehingga lobak merah lembut, 

kemudian masukkan cendawan. Tambah 

garam dan lada sulah secukup rasa dan 

teruskan merenih dengan api perlahan.

5. Apabila daging telah masak, masukkan 

larutan tepung. Gaulkan sebati sehingga 

campuran menjadi pekat. Matikan api.

6. Masukkan daging cincang yang telah 

dimasak di atas piring pembakar sederhana 

dan ratakan permukaannya.

7.  Tutup permukaan daging dengan kentang 

lecek sehingga habis dan memenuhi 

permukaan dulang pembakar. Gunakan garpu 

untuk membuat corak di atas kentang lecek.

8.  Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C 

selama 25 minit atau sehingga bahagian atas 

kentang lecek menjadi keperangan.

9.  Potongkan kepada beberapa bahagian dan 

hidangkan panas.

300 g (¾ paket) daging cincang

450 g (5 biji) ubi kentang

50 g (½ biji) lobak merah, dicincang kasar

70 g (½ cawan) cendawan butang, dihiris nipis

125 ml (½ cawan) susu

120 g (1 cawan) keju Mozarella, diparut

26 g (1 biji) bawang besar, dihiris

16 g (2 sudu makan) tepung gandum/tepung mil penuh, dilarutkan 

dalam ½ cawan air

375 ml (1½ cawan) stok sayuran buatan sendiri

7 g (1 sudu makan) serbuk lada hitam

15 ml (1 sudu makan) sos kicap

7 ml (½ sudu makan) madu

15 ml (1 sudu makan) minyak

Beberapa tangkai / sedikit serbuk daun thyme 

Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan

Cara memasak

Shepherd’s Pie    

(Hidangan untuk 7 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  228 kcal Karbohidrat  16.4 g

Protein  16.0 g Lemak  10.9 g

Tip Hidangan

• Sebelum menambah herba kering 

ke dalam masakan, gosok herba di 

antara jari anda untuk membebaskan 

minyak meruap. Masukkan herba 

tersebut pada peringkat awal 

memasak supaya perasanya dapat 

diserap masuk ke dalam masakan 

dengan baik.

Tip Pemakanan

• Tambah sayur-sayuran lain seperti 

kacang pis, batang saderi dan jagung 

untuk meningkatkan kandungan 

nutrien.

• Cara baik untuk menggalakkan anak 

anda makan daging kerana ia dikisar, 

maka memudahkan anak-anak 

makan.

Untuk perapan}

Makan Tengah Hari & Malam

84


86

1. Untuk membuat pes cili, kisar bahan-bahan pes 

cili hingga halus dan sebati. 

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis pes cili 

seketika dan masukkan air. Teruskan memasak 

selama kira-kira 10 minit dengan api sederhana 

sehingga air sedikit kering dan pecah minyak. 

Kacau selalu. Masukkan gula perang dan gaul 

sebentar. Tutup api dan ketepikan. 

3. Tuangkan air ke dalam periuk dan didihkan. 

Masukkan udang dan ayam. Renih dengan 

api sederhana selama kira-kira 1½ jam atau 

sehingga stok menjadi keruh.

4. Keluarkan udang dan ayam dan pindahkan 

ke dalam pinggan. Biarkan sejuk seketika dan 

buang kepala dan kulit udang. Pisahkan daging 

ayam dari tulangnya dan hiris daging ayam 

dengan nipis.

5. Didihkan stok kuah tadi dan masukkan 

beberapa sudu pes cili, ikut pilihan kepedasan. 

Masukkan garam secukup rasa dan padamkan 

api. Akhir sekali masukkan tomato.

6. Untuk menghidang, letakkan sesenduk mi 

dan bihun, kangkung dan taugeh di dalam 

mangkuk. Tuangkan kuahnya dan hiaskan 

dengan hirisan daging ayam, udang, telur dan 

bawang goreng.

7. Hidangkan semasa panas.

300 g (3 cawan) mi kuning, dicelur

150 g (½ keping) bihun, direndam dan dicelur

300 g (4 cawan) kangkung, dibuang batang kerasnya dan dicelur

500 g (3 cawan) taugeh, celur

50 g (2 biji sederhana) tomato, dibelah empat

3 biji telur rebus, dibuang kulit dan dibelah

Hiasan: Bawang goreng (pilihan)

200 g ayam bersama tulang tanpa lemak

150 g udang dengan kepala dan kulit

2.5 liter (10 cawan) air

Garam secukup rasa

Bahan-bahan

Stok kuah

10 g cili kering, dibuang biji dan dicelur

25 g (3 biji) cili segar

3 sudu makan udang kering

50 g (5 biji) bawang merah

15 g (3 ulas) bawang putih

45 ml (3 sudu makan) minyak masak

250 ml (1 cawan) air

Gula perang secukup rasa

Pes cili

Cara memasak

Mi Udang Hokkien    

(Hidangan untuk 6 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  348 kcal Karbohidrat  42.7 g

Protein  20.1 g Lemak  10.8 g

Tip Pemakanan

• Resipi ini merupakan hidangan 

yang lengkap. Telur, udang, ayam 

merupakan sumber protein. Sayur-

sayuran seperti kangkung dan 

taugeh merupakan sumber mineral 

dan vitamin, manakala karbohidrat 

pula dibekalkan oleh mi dan bihun.

Makan Tengah Hari & Malam


88

200 g (½ paket) daging lembu kisar

8-10 keping lasagna

50 g (½ biji) lobak merah, dipotong memanjang

60 g (1½ cawan) bayam, dicincang

90 g (1½ cawan) keju Mozzarella, diparut 

90 g (3 cawan) keju Parmesan, diparut (ikut pilihan)

140 g buah zaitun yang diawet, dihiris (ikut pilihan)

15 g (3 ulas) bawang putih, dicincang

4 g bawang goreng 

125 ml (1 cawan) air suam

Bahan-bahan

130 g (5 biji) tomato masak, dikisar

50 g (2 biji) bawang besar kuning, dikupas dan dipotong 

dadu

25 g (5 ulas) bawang putih, dicincang

30 ml (2 sudu besar) minyak zaitun

30 g (2 sudu besar) campuran herba kering (selasih, 

oregano, rosemary, thyme, dll)

250 ml (1 cawan) air

Garam, gula perang dan lada sulah secukup rasa

Sos Marinara

1. Untuk membuat sos Marinara, panaskan minyak 

zaitun dalam periuk. Tumis bawang besar di atas api 

sederhana sehingga keperangan dan lembut.

2. Masukkan bawang putih, herba campuran kering dan 

tumis sehingga naik bau. Tuangkan air dan buah tomato 

bersama jusnya dan kacau hingga sebati. Renihkan 

dengan api perlahan, kacau sehingga kuah menjadi 

pekat. Tambah garam, gula perang dan lada sulah 

secukup rasa. Tutup api, taburkan bawang goreng dan 

biarkan sejuk.

3. Untuk membuat inti daging, goreng daging bersama 

bawang putih di atas api sederhana dengan sedikit 

minyak. Kemudian masukkan air dan renihkan sehingga 

daging masak dan empuk. 

4. Masukkan lobak merah, bayam dan buah zaitun. Masak 

sehingga sayur lembut dan kacau sentiasa. Masukkan 

sos Marinara tadi dan kacau hingga sebati. Tutup api 

dan keluarkan daripada periuk.

5. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C. Lapiskan dasar 

mangkuk pembakar bersaiz sederhana dengan inti 

daging, kemudian tutup dengan taburan sedikit keju 

Parmesan bersama keju Mozzarella. Tutup dengan 

lasagna kering. 

6. Ulangi lapisan dengan inti daging, keju dan lasagna 

sehingga habis semua bahan digunakan. Simpan ½ 

cawan keju Mozarella untuk lapisan permukaan terakhir.

7. Bakar selama 45 minit dalam ketuhar sehingga masak, 

bergantung kepada ketebalan lapisan lasagna. Lasagna 

telah masak apabila pisau dicucuk ke dalamnya dengan 

mudah.

8. Taburkan lebihan keju di lapisan terakhir, dan masukkan 

semula ke dalam ketuhar selama kira-kira 10 minit. 

Hidangkan semasa panas.

Cara memasak

Lasagna Daging dan Keju    

(Hidangan untuk 8 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  251 kcal Karbohidrat  19.5 g

Protein  16.4 g Lemak  11.9 g

Tip Hidangan

• Daging lembu juga boleh 

digantikan dengan daging ayam. 

Anda juga boleh menggantikan 

atau menambahkan lebih 

banyak sayur-sayuran seperti 

kacang pis, terung dan brokoli.

Tip Pemakanan

• Daging lembu ialah sumber 

protein dan zat besi yang baik, 

manakala keju merupakan 

sumber kalsium yang baik. Resipi 

ini bukan sahaja sesuai bagi 

yang menyukai makanan barat, 

tetapi juga berkhasiat untuk seisi 

keluarga anda.

Makan Tengah Hari & Malam


90

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis 

bawang sehingga wangi dan keperangan.

2. Masukkan bayam ke dalam periuk bersama 

beberapa sudu air. Perlahan-lahan kacau 

bayam, masukkan serbuk buah pelaga dan 

tomato bersama secubit garam serta lada sulah 

secukup rasa.

3. Masak selama 2 minit lagi dan kemudian 

masukkan beras bersama-sama 2 cawan air.

4. Masak di atas api sederhana sehingga nasi 

masak.

5. Kecilkan api dan masukkan ikan, minyak bijan, 

jus lemon, daun bawang dan daun ketumbar 

cincang. Gaulkan sehingga sebati.

6. Padamkan api. Hidangkan panas dalam 

pinggan.

480 g (2 cawan) beras perang, dibasuh dan ditos

120 g (½ cawan) filet ikan, dibakar dan dihiris

300 g (5 cawan) daun bayam dibuang batang 

keras dan dicincang

50 g (2 biji) tomato, dipotong dadu

6 batang daun bawang, dihiris nipis

26 g (1 biji) bawang besar, dihiris

3 g (1 sudu teh) serbuk buah pelaga

4 tangkai daun ketumbar, dicincang

70 g (½ biji) lemon, diperah jusnya

500 ml (2 cawan) air

15 ml (1 sudu makan) minyak

2.5 ml (½ sudu teh) minyak bijan

Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan

Cara memasak

Nasi Goreng Bayam

(Hidangan untuk 4 – 5 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  201 kcal Karbohidrat  26.7 g

Protein  12.6 g Lemak  4.9 g

Tip Hidangan

•  Hidangkan bersama hidangan 

ayam atau ikan untuk membuat 

satu hidangan yang lengkap.

Tip Pemakanan

• Jika ahli keluarga anda tidak suka 

sayur-sayuran, resipi ini adalah cara 

yang bijak untuk menggalakkan 

pengambilan sayur-sayuran.

Makan Tengah Hari & Malam

91

1. Masak pasta penne dalam air mendidih. Toskan dan 

ketepikan.

2. Masukkan terung di dalam penapis besar dan tabur 

dengan sedikit garam. Biarkan selama kira-kira 30 minit. 

Buang cecair berlebihan sebelum dibakar.

3. Bakar terung di atas kuali leper dengan sedikit minyak. 

Apabila terung menjadi perang, keluarkan dari kuali dan 

ketepikan.

4. Tumis bawang sehingga keperangan. Masukkan ayam 

dan tumis sehingga masak. Masukkan lada benggala 

dan tomato, kemudian masukkan stok ayam. Renihkan 

selama 5 minit.

5. Masukkan terung dan daun pasli ke dalam sos tersebut 

dan teruskan merenih selama 2 minit.

6. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa, kemudian 

kecilkan api.

7. Campurkan pasta ke dalam sos dan taburkan keju. Kacau 

sebentar dan tutupkan api.

8. Hidangkan semasa panas.

250 g (¾ paket) pasta Penne

120 g (1 cawan) isi ayam, dipotong kiub 

300 g (2 biji) terung, dipotong 2 cm kiub

60 g (½ cawan) keju parut

100 g (4 biji) tomato, dipotong dadu

30 g (½ biji) lada benggala hijau, dihiris nipis

30 ml (2 sudu makan) minyak zaitun

180 ml (¾ cawan) stok ayam buatan sendiri

10 g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk

1 tangkai daun pasli, dicincang

Garam dan lada hitam secukup rasa

Bahan-bahan

Cara memasak

Pasta Penne dengan Terung dan Keju 

(Hidangan untuk 4 orang)

Tip Pemakanan

•  Pilih pasta gandum penuh kerana ia 

mempunyai serat dan nutrien yang 

lebih tinggi.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  343 kcal Karbohidrat  52.1 g

Protein  19.7 g Lemak  6.2 g

Tahukah Anda?

Penne (PEN-nay) ialah salah 

satu bentuk pasta yang 

popular, khususnya di wilayah 

Campania di selatan Itali. 

Penne berasal dari perkataan 

Itali yang bermaksud pen 

bulu. Ia biasanya 2 inci lebar 

dan bertiub lurus dipotong 

menyerong menyerupai 

hujung bulu ayam.






Sajian Mudah untuk  

Kanak-kanak

Bahagian ini 

memperkenalkan sajian 

ringkas untuk anak-anak anda 

yang bersekolah dan boleh 

dihidangkan sebagai snek 

sihat untuk mengisi perut kecil 

antara tiga waktu makan utama. 

Resipi-resipi yang dipilih begitu 

mudah, maka anda digalakkan 

mengajak anak-anak membantu 

dalam penyediaannya. Apabila 

mereka terlibat, mereka 

akan rasa seronok, berminat 

belajar tentang makanan dan 

khasiatnya. Besar kemungkinan 

mereka akan menghabiskan 

makanan mereka! Anda boleh 

mencuba pelbagai resipi 

makanan snek – daripada 

membuat pai kecil dan 

membakar roti/kuih hingga 

membuat minuman yang sihat.  

Pujuk chef cilik anda masuk ke 

dapur untuk membantu anda 

masak! 

Dapatkan Sedikit    Bantuan Daripada Chef Cilik

Pendahuluan:  

Sajian Mudah untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak, terutama sekali yang bersekolah 

memerlukan snek sihat untuk mengelakkan perut 

kosong. Snek sihat membekalkan tenaga tambahan 

dan juga vitamin dan nutrien penting yang diperlukan 

untuk kesihatan tubuh badan, tumbesaran dan 

minda yang cerdas. Walau bagaimanapun, pastikan 

anak-anak anda tidak mengambil snek terlalu hampir 

dengan waktu makan, iaitu diambil 1 atau 2 jam 

sebelum waktu makan utama.

98

Dapatkan Sedikit    Bantuan Daripada Chef Cilik

Penyediaan snek yang mudah adalah 

peluang baik untuk anda melibatkan anak-

anak di dapur kerana makanan snek lebih 

mudah disediakan. Anak anda mungkin lebih 

berminat untuk makan snek yang sihat jika 

mereka diberi peluang untuk membantu 

anda. Pastikan anda memberikan tugasan 

yang bersesuaian dengan usia mereka 

supaya mereka berasa seronok di dapur di 

samping mengelakkan kecederaan. 

 ● Membantu 

membasuh, 

memotong/mencarik 

atau mengupas kulit 

sayur-sayuran atau 

buah-buahan

 ● Membantu 

menyukat, menuang 

atau menyudip 

ramuan ke dalam 

adunan tepung 

 ● Membantu 

mengacau adunan 

menggunakan sudip 

 ● Membantu 

menuangkan adunan 

ke dalam acuan kek cawan, membentuk pai kecil atau 

biskut daripada doh

 ● Membantu menyediakan meja dan meletakkan makanan 

di atas meja makan 

 ● Membantu dalam kerja membersih atau membasuh yang 

mudah selepas selesai memasak 

IDEA  untuk Membuat Chef Cilik Anda 

Sibuk

 ● Jangan lupa untuk berkongsi maklumat 

yang berguna dengan anak-anak. 

Contohnya, sayur-sayuran baik untuk 

anak-anak kerana ia boleh mencegah 

mereka daripada jatuh sakit. Jadi, 

mereka boleh pergi ke sekolah setiap 

hari! 

 ● Jangan risau kalau dapur anda 

berselerak sedikit. Jangan meleteri 

anak-anak dan menyuruh mereka 

mengemas kerana ini boleh 

membantutkan minat mereka. 

 ● Pastikan anak-anak anda sentiasa 

sedar akan keselamatan dapur. 

Buat peraturan dan pastikan mereka 

mematuhinya. 

 ● Jangan lupa untuk memuji selepas 

mereka melakukan tugas dengan 

baik dan ucapkan terima kasih kerana 

membantu anda. 

TIP  untuk Ibu!

99

100

Resipi Untuk Kanak-kanak

270 g (3 biji sederhana) ubi kentang

240 g (1 cawan) filet ikan, dicincang

30 g (2 sudu makan) mentega

80 ml (⅓ cawan) susu

60 g (½ cawan) keju Cheddar, diparut

50 ml (¹/5 cawan) stok sayuran buatan sendiri

30 g (2 sudu makan) kacang pis

25 g (1 biji) bawang besar, dicincang halus

8 g (1 sudu makan) tepung mil penuh

3 g (1 sudu makan) daun pasli, dicincang

1 daun selasih

1 biji telur, dipukul

Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Didihkan air dalam periuk yang berisi sedikit garam 

dan rebus ubi kentang selama 15-20 minit. Keluarkan ubi kentang dan kupas kulitnya. 

Lecekkan dengan sedikit susu dan separuh mentega sehingga lembut.

2. Cairkan separuh lagi mentega dalam periuk, masukkan bawang dan tumis sehingga garing. 

Masukkan tepung dan masak selama 30 minit dan kacau selalu. Tuangkan lebihan susu 

perlahan-lahan ke dalam mangkuk, diikuti stok sayuran. Didihkan dan biarkan selama  

1 minit.

3. Masukkan ikan, daun pasli dan daun selasih. Masak selama 3 minit kemudian masukkan 

kacang pis dan masak lagi selama 1 minit. Keluarkan daun selasih dan masukkan keju 

sehingga keju cair. Taburkan lada sulah dan garam secukup rasa.

4. Tuangkan inti ikan tadi ke dalam mangkuk pembakar dan tutup dengan kentang lenyek. 

Sapukan dengan sedikit telur yang telah dipukul. Bakar dalam ketuhar yang sudah 

dipanaskan selama 15 minit sehingga kuning keemasan.

5. Hiaskan pai dengan sayur-sayuran.

Cara memasak

Pai Ikan Mini

(Hidangan untuk 5 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  198 kcal Karbohidrat  12.7 g

Protein  14.5 g Lemak  9.9 g

Tugas Chef Cilik

•  Lecekkan ubi kentang dan 

daging ikan dengan garpu 

dan meletakkan lapisan ubi 

kentang di atas pai ikan.

Tip Pemakanan

•  Pai ini juga sesuai untuk kanak-kanak 

kecil berusia 1-2 tahun. Lebihan pai 

boleh disejuk bekukan.


102

Tugas Chef Cilik

•  Lecekkan ubi kentang, 

bentukkan menjadi bulat dan 

salutkan dengan serbuk roti.

1. Lecekkan ubi kentang yang telah direbus di 

dalam mangkuk. Campurkan tuna, butir jagung, 

dan ketumbar.

2. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa. 

Bentukkan menjadi 7 keping croquette.

3. Pukul telur dalam mangkuk besar. Celupkan 

kepingan croquette ke dalam campuran telur 

dengan segera dan salutinya dengan serbuk roti.

4. Goreng dengan minyak panas sehingga kepingan 

croquette menjadi keperangan. Tapis lebihan 

minyak dan letakkan croquette di atas kertas 

penyerap. 

5. Hidang segera dengan hirisan timun atau daun 

salad bersama lemon dan sos cili.

180 g (1 tin) tuna dalam air, ditapis airnya dan 

dilecek

180 g (2 biji besar) ubi kentang, direbus dan 

dibuang kulit

100 g (1 cawan) serbuk roti mil penuh

60 g (¼ cawan) kernel jagung/butir jagung segar

2 biji telur

3 g (1 sudu teh) biji ketumbar, ditumbuk halus

Garam dan lada sulah secukup rasa

Minyak masak secukupnya

Hiasan: Hirisan lemon dan timun atau daun salad 

segar (ikut pilihan)

Bahan-bahan

Cara memasak

Croquette Tuna dan Jagung

(7 keping)

Resipi Untuk Kanak-kanak

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  106 kcal Karbohidrat  15.4 g

Protein  8.9 g Lemak  1.0 g

Tip Pemakanan

•  Tuna dijual dalam pelbagai jenis di pasaran. 

Disarankan untuk memilih tuna dalam air 

tanpa garam berbanding dengan yang 

direndam di dalam minyak.

• Anda juga boleh membakar croquette di 

dalam ketuhar pada 180˚C selama 15 minit.

103

Tugas Chef Cilik

•  Membuang bahagian kerak 

roti, menyusun dalam 

mangkuk dan mencarik 

bayam dengan tangan.

1. Buang bahagian kerak roti. Sapukan roti dengan 

sedikit mentega.

2. Susunkan roti dalam mangkuk sederhana besar 

dengan bahagian mentega menghadap ke atas. 

3. Masukkan ham dalam mangkuk yang 

berasingan. Campurkan bayam, bawang, telur, 

daun ketumbar, keju dan tepung ke dalam 

mangkuk tersebut.

4. Kacau dengan sekata menggunakan garpu. 

Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

5. Tuangkan campuran telur ke atas susunan roti.

6. Masukkan dalam ketuhar gelombang mikro dan 

masak selama 8 minit atau bakar dalam ketuhar 

selama 15 minit pada 190-200°C. Cucuk quiche 

dengan pisau untuk memastikan ia cukup 

masak. Jika telah cukup masak, pisau dapat 

dikeluarkan dengan bersih.

7. Hidangkan panas atau sejuk.

4 keping roti mil penuh

45 g (1 keping) ham ayam, dicincang

4 biji telur

60 g (½ cawan) keju, diparut

30 g (½ cawan) bayam, dicincang

15 g (1 sudu makan) mentega

10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang

10 g (1 sudu makan) tepung naik sendiri

2 batang daun ketumbar, dicincang halus

Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan

Cara memasak

Quiche Bayam bersama Keju

(Hidangan untuk 4 – 5 orang)

Tip Pemakanan

•  Roti gandum penuh mengandungi jumlah kumpulan 

vitamin B-kompleks penting seperti asid pantothenic 

(vitamin B5), pyridoxine (vitamin B6), tiamin (vitamin 

B1) dan niasin (B3). Vitamin ini penting untuk 

metabolisme lemak, protein dan karbohidarat dalam 

badan. Badan tidak dapat menghasilkannya sendiri, 

maka perlu mendapatkannya daripada sumber lain 

iaitu makanan.

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  128 kcal Karbohidrat  10.5 g

Protein  6.2 g Lemak  6.8 g

104

Resipi Untuk Kanak-kanak

3 keping roti pita mil penuh

200 g (1 cawan) daging dibuang lemak, dicincang

40 g (¼ biji) timun, dihiris nipis

25 g (1 biji) bawang besar, dicincang

25 g (1 biji) tomato, dihiris nipis

10 g (5 biji) cendawan cina hitam, direndam dan dihiris nipis

Beberapa helai daun salad

2 g (½ sudu teh) serbuk lada hitam

3 g (1 sudu teh) serbuk kari

5 g (1 sudu teh) campuran rempah (kulit kayu manis, jintan, dll)

Garam secukup rasa

Sedikit minyak untuk menggoreng

Mayonis rendah lemak dan sos cili (pilihan)

Bahan-bahan

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang sehingga wangi.

2. Masukkan rempah, serbuk kari dan lada hitam sehingga wangi.

3. Masukkan daging dan tumis sehingga kering sedikit. Masukkan garam dan lada sulah 

secukup rasa sehingga daging masak. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.

4. Masukkan cendawan cina dan sambung memasak sehingga cendawan menjadi lembut.

5. Panaskan roti pita di atas kuali leper dengan api perlahan. Potong roti pita kepada dua dan 

belah bahagian dalam roti tersebut bagi membuat poket untuk memasukkan inti daging.

6. Masukkan salad bersih dan susunkan potongan timun dan tomato ke dalam poket roti pita.

7. Masukkan sesudu penuh inti daging ke dalam poket roti pita dan ratakannya di antara 

sayur-sayuran.

8. Letakkan sos cili dan mayonis di atas inti daging dan hidangkan.

Cara memasak

Kebab Roti Pita

(6 keping)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  136 kcal Karbohidrat  19.5 g

Protein  11.2 g Lemak  1.5 g

Tugas Chef Cilik

•  Menyusun dan memasukkan 

bahan ke dalam roti pita.

Tip Pemakanan

•  Pilih roti pita yang diperbuat daripada tepung 

gandum penuh yang kaya dengan serat.

• Yogurt boleh digunakan bagi menggantikan 

mayonis kerana mengandungi lemak yang 

rendah dan tinggi dalam kalsium.


106

1. Campurkan kesemua bahan bersama 

dalam mangkuk sehingga sebati.

2. Tambahkan garam dan lada sulah 

secukup rasa.

3. Bentukkan sebatian menjadi bentuk 

burger nipis dan letakkan di atas 

pembalut aluminum. Seterusnya, 

letakkan ke dalam bekas.

4. Ulang langkah-langkah di atas 

sehingga adunan habis digunakan.

5. Simpan di dalam peti sejuk untuk 

semalaman.

6. Goreng dengan sedikit minyak 

sehingga bahagian luar daging 

tersebut menjadi perang. Kemudian 

bakar ia dalam ketuhar selama  

10-15 minit sehingga masak.

400 g (1 paket) daging cincang tanpa lemak

86 g (1 cawan) oat 

20 g (4 ulas) bawang putih 

26 g (1 biji) bawang besar

10 g (½ inci) halia

1 biji telur

5 ml (1 sudu teh) kicap cair

Sedikit campuran herba kering (selasih, oregano, 

rosemary, thyme, dll) (ikut pilihan)

1 tangkai daun ketumbar, dicincang

Garam dan lada sulah secukup rasa

Pembalut aluminum

Bahan-bahan

Cara memasak

Burger Oat Daging 

(Hidangan untuk 4 – 5 orang)

Tip Hidangan

•  Hidangkan bersama roti 

gandum penuh, salad, hirisan 

timun dan tomato, sos tomato 

dan keju.

Tugas Chef Cilik

•  Campurkan bahan-bahan 

bersama, membentuk burger, 

menghias dan menghidang.

Resipi Untuk Kanak-kanak

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  179 kcal Karbohidrat  15.2 g

Protein  21.6 g Lemak  3.5 g

107

Tugas Chef Cilik

•  Mencampurkan makaroni 

dengan sos putih/sos keju.

1. Masak makaroni dalam air mendidih sehingga 

lembut dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis ayam 

sehingga separuh masak. Tambahkan brokoli 

and teruskan memasak sehingga lembut. Tutup 

api dan asingkan.

3. Untuk sos putih, cairkan mentega dalam 

kuali di bawah api sederhana dan campurkan 

susu bersama tepung. Tunggu sehingga mula 

mendidih dan campurkan keju. Kemudian, 

kacau sehingga cair dan sebati.

4. Masukkan ayam bersama brokoli dan makaroni, 

teruskan mengacau. Masukkan garam, lada 

sulah dan serbuk basil kering secukup rasa. 

Kacau selama 2 minit sehingga cukup masak.

5. Biarkan sejuk sebentar dan hidangkan.

130 g (1½ cawan) makaroni

120 g (½ cawan) dada ayam tanpa kulit, dihiris

70 g (¾ cawan) brokoli, dicincang halus

250 ml (1 cawan) susu rendah lemak

60 g (½ cawan) parutan keju Cheddar/Mozzarella

15 g (1 sudu makan) mentega

10 g (1 sudu makan) tepung

15 ml (1 sudu makan) minyak

Garam dan lada sulah secukup rasa

Secubit serbuk basil kering (pilihan)

Bahan-bahan

Cara memasak

Pasta Berkeju

(Hidangan untuk 4 – 5 orang)

Tip Pemakanan

•  Menambah sayur-sayuran ke dalam pasta 

dapat menggalakkan anak yang cerewet 

menikmati citarasa baru. Cuba pelbagaikan 

kombinasi perisa dan warna!Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  236 kcal Karbohidrat  22.7 g

Protein  12.4 g Lemak  10.6 g

108

Tugas Chef Cilik

•  Mengorek isi ubi kentang 

dengan sudu dan mengisi ubi 

kentang dengan inti.

1. Basuh dan gosok ubi kentang sehingga 

bersih. Keringkan dan cucuk seluruh kulit ubi 

kentang dengan garpu. Balut dengan longgar 

menggunakan kain lembap. Masukkan ke 

dalam ketuhar gelombang mikro dan masak 

selama 10 minit. Boleh juga membakar ubi 

kentang tersebut dalam ketuhar pada 180°C 

selama 1 jam.

2. Sementara itu, campurkan tomato, ayam 

cincang dan daun bawang yang dicincang 

dalam mangkuk kecil bersama parutan keju 

dan taburkan sedikit daun basil. Taburkan 

sedikit garam dan lada sulah secukup rasa.

3. Keluarkan ubi kentang dari ketuhar gelombang 

mikro. Apabila ubi kentang telah sejuk, potong 

bahagian atasnya untuk menjadi penutup. 

Korek isi ubi kentang dan tinggalkan lebihan isi 

setebal 1 cm berbentuk perahu.

4. Campurkan isi ubi kentang yang telah dikorek 

bersama campuran tomato, dan masukkan 

sedikit inti ke dalam perahu ubi kentang. 

Masukkan ke dalam ketuhar gelombang 

mikro dan masak selama 1 minit atau dalam 

ketuhar selama 2 minit pada suhu 200°C, atau 

sehingga atasnya menjadi perang keemasan.

5. Keluarkan daripada ketuhar dan hidangkan 

bersama salad.

270 g (3 biji sederhana) ubi kentang (sebaiknya jenis Russet)

120 g (½ cawan) dada ayam dibuang lemak dan kulit, dibakar dan dicincang

25 g (1 biji) tomato, dicincang

2 sudu makan keju, diparut

2 batang daun bawang, dicincang

Sedikit serbuk daun basil kering

Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan

Cara memasak

Ubi Kentang Bakar

(Hidangan untuk 3 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  192 kcal Karbohidrat  28.5 g

Protein  12.4 g Lemak  3.2 g

Tip Pemakanan

•  Makan ubi kentang bersama kulitnya, 

kerana ia mempunyai kandungan serat 

yang tinggi dan baik untuk sistem 

penghadaman.

Resipi Untuk Kanak-kanak


1. Letakkan pisang di tengah-tengah pembalut.

2. Sapukan mentega kacang di atas pisang.

3. Tambahkan sedikit madu di atas mentega kacang, 

diikuti dengan kacang tanah yang ditumbuk.

4. Gulung pembalut tersebut.

5. Seterusnya sapukan tepung jagung pada  penutup 

lipatan  untuk menguatkan balutan. Simpan 

di dalam beg plastik dan sejuk bekukan untuk 

semalaman (sekurang-kurangnya 4 jam untuk 

memastikan pisang benar-benar beku).

6. Potong mengikut saiz disukai dan hidangkan 

semasa sejuk.

4 keping pembalut popia, dikukus (lebih baik gunakan 

yang basah)

200 g (2 biji) pisang, dibelah dua

50 g (2 sudu makan) mentega kacang

30 ml (2 sudu makan) madu

30 g (1 sudu makan) kacang tanah, ditumbuk

2.5 g (1 sudu teh) tepung jagung, dicampur ½ cawan air

Bahan-bahan

Cara memasak

Popia Pisang Mentega Kacang

(Hidangan untuk 4 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  261 kcal Karbohidrat  35.2 g

Protein  8.8 g Lemak  9.4 g

Tugas Chef Cilik

•  Kupas kulit pisang dan 

potong pisang, menyalut 

pisang dengan mentega 

kacang dan menggulung  

kulit popia.

Resipi Untuk Kanak-kanak

110

111

1. Campurkan yogurt dengan lobak 

merah yang diparut.

2. Letakkan daun salad di atas biskut.

3. Sapukan lapisan nipis yogurt dan 

lobak merah ke atas salad. Kemudian 

letakkan sekeping biskut lain di atas 

lapisan yogurt. Kemudian, letakkan 

pula sekeping keju di atas biskut 

diikuti salad dan akhir sekali lapisan 

nipis yogurt bersama lobak merah.

4. Hidangkan.

8 keping biskut, saiz kecil

125 g (½ cawan) yogurt

54 g (1 cawan) daun salad, dipotong mengikut 

saiz biskut

30 g (¼ cawan) lobak merah, diparut

36 g (1 keping) keju, dibahagikan 8 bahagian

Bahan-bahan

Cara memasak

Biskut Lapis Sayuran 

(Hidangan untuk 4 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  135 kcal Karbohidrat  17.3 g

Protein  5.4 g Lemak  4.9 g

Tugas Chef Cilik

•  Menyusun bahan di atas 

biskut dan memotong  

daun salad.

Tip Pemakanan

•  Terdapat banyak jenis biskut di pasaran. Buat 

pilihan yang bijak dengan memilih biskut yang 

dibuat daripada tepung gandum penuh, serta 

yang rendah garam, gula dan lemak.

112

Resipi Untuk Kanak-kanak

Tugas Chef Cilik

•  Menyusun jejari ayam di 

atas dulang pembakar dan 

menyalut ayam dengan 

serbuk emping jagung.

360 g (1½ cawan) daging ayam, dibuang kulit dan tulang

200 g (2 cawan) emping jagung, dihancurkan

1 biji telur

8 g (½ sudu besar) mustard

1 sudu teh madu 

Sedikit tepung gandum

Garam dan lada sulah secukup rasa

Sos cili atau tomato (ikut pilihan)

Bahan-bahan

1. Panaskan ketuhar pada suhu 230°C. Potong ayam 

menjadi jejari sepanjang 4 inci. Saluti jejari ayam 

tersebut dengan tepung.

2. Di dalam mangkuk, campurkan telur, madu, garam 

dan mustard. Di dalam mangkuk yang lain, gaulkan 

emping jagung bersama lada sulah.

3. Celupkan jejari ayam ke dalam campuran telur. 

Kemudian, masukkan jejari ayam tadi ke dalam 

campuran emping jagung dan sadurkan dengan rata. 

Susun jejari ayam di atas dulang pembakar yang 

diletakkan pelapik kertas.

4. Bakar dalam ketuhar selama 12 minit, atau sehingga 

jejari ayam menjadi kuning keemasan.

5. Hidangkan bersama sos cili atau tomato.

Cara memasak

Jejari Ayam Rangup 

(Hidangan untuk 5 – 6 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  208 kcal Karbohidrat  29.7 g

Protein  16.3 g Lemak  2.7 g

Tip Hidangan

•  Gunakan pelapik kertas/ 

kertas minyak di atas dulang 

pembakar untuk mengelakkan 

jejari ayam daripada hangus di 

bahagian bawahnya.


114

Tugas Chef Cilik

•  Menabur campuran bawang 

ke atas roti pita / tortilla dan 

menghias dengan tomato dan 

keju.

1. Panaskan ketuhar pada 200°C.

2. Panaskan minyak dan mentega dalam kuali 

di bawah api sederhana sehingga mentega 

cair. Masukkan bawang dan timun, teruskan 

memasak dan kacau sehingga sayur-sayuran 

masak. Tambahkan thyme, garam dan lada 

sulah secukup rasa.

3. Letakkan roti pita/tortilla di atas dulang 

pembakar. Tuang campuran inti bawang dengan 

rata di atas roti pita/tortilla, dan biarkan 1-2 inci 

bahagian hujungnya.

4. Taburkan tomato dan keju dengan rata di atas 

campuran inti. Bakar selama 15 minit atau 

sehingga roti pita/tortilla keperangan dan keju 

mencair. 

5. Keluarkan daripada ketuhar dan hidangkan.

1 paket roti pita/tortilla

120 g (1 cawan) parutan keju

135 g (½ biji) timun kecil, dihiris nipis

25 g (1 biji) tomato, dihiris nipis

25 g (1 biji) bawang merah, dicincang

13 g (1 sudu makan) minyak zaitun

15 g (1 sudu makan) mentega

8 g (1 sudu teh) thyme kering (ikut pilihan)

Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan

Cara memasak

Tat Tomato Berkeju 

(Hidangan untuk 4 – 6 orang)

Tip Pemakanan

•  Keju kaya dengan kalsium dan diperlukan untuk 

kesihatan tulang anak-anak bagi menyokong 

pertumbuhan fizikal mereka.Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  203 kcal Karbohidrat  17.7 g

Protein  7.9 g Lemak  11.2 g

Resipi Untuk Kanak-kanak

115

1. Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung dan 

serbuk penaik. Masukkan bijirin emping jagung 

penuh, bijirin gandum penuh dan aprikot cincang. 

Gaul sebati dan letakkan di tepi.

2. Gaul mentega, gula dan esen vanilla sehingga 

menjadi krim lembut. Masukkan telur dan pukul 

sehingga sebati.

3. Masukkan tepung ke dalam sebatian mentega dan 

gaulkan rata sehingga membentuk doh.

4. Leperkan doh setebal 1 cm dan potong 

menggunakan pemotong kuih dengan bentuk 

yang disukai. Susun doh di atas dulang pembakar 

yang telah digris dengan sedikit mentega. Hiaskan 

dengan ceri. 

5. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 

180°C selama 18-20 minit atau sehingga perang 

keemasan. Keluarkan daripada ketuhar dan biarkan 

sejuk selama 20 minit.

175 g (1½ cawan) tepung gandum

60 g (½ cawan) tepung jagung

60 g (2 cawan) bijirin emping jagung penuh, dikisar halus

60 g (2 cawan) bijirin gandum penuh, dikisar halus

150 g (1 cawan) aprikot kering, dicincang

150 g (¾ cawan) mentega atau marjerin

100 g (½ cawan) gula kastor

5 g (1 sudu teh) serbuk penaik

5 ml (1 sudu teh) esen vanilla

1 biji telur

Untuk kepelbagaian: hias dengan kekacang (cth: kacang 

gajus, badam) atau ceri

Bahan-bahan

Cara memasak

Biskut Aprikot Bijirin Penuh

60 biji biskut (Hidangan untuk 12 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  202 kcal Karbohidrat  23.6 g

Protein  3.3 g Lemak  10.7 g

•  Menggaul bahan, menyusun 

adunan tepung ke atas dulang 

pembakar, menghias dengan 

buah ceri.

116

Resipi Untuk Kanak-kanak

240 g (1¾ cawan) tepung naik sendiri

½ cawan kacang walnut, dikisar

120 g (1 cawan) lobak merah, diparut

125 ml (½ cawan) susu segar atau yogurt

2 biji telur, dipukul perlahan

120 g (½ cawan) mentega

3 g (1 sudu teh) serbuk penaik

3 g (1 sudu teh) serbuk kulit kayu manis

100 g (½ cawan) gula perang

2 ml (½ sudu the) esen vanilla atau vanilla asli

Bahan-bahan

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C. Sapukan dulang 

pembakar dengan sedikit mentega atau minyak dan lapiskan 

dengan bekas mufin.

2. Ayak tepung, serbuk penaik dan serbuk kulit kayu manis ke 

dalam mangkuk. Masukkan telur, mentega dan susu dan 

pukul sebentar sehingga sebati dan lembut. 

3. Di dalam mangkuk yang lain, campurkan gula perang, 

lobak merah parut, kacang walnut dan esen vanilla. Kacau 

sehingga sebati.

4. Tuangkan campuran telur ke dalam campuran lobak merah. 

Gaulkan sebati menggunakan sudu kayu sehingga sebatian 

menjadi sedikit berketul dan tidak terlalu cair.

5. Tuangkan adunan ke dalam dulang mufin dan bakar selama 

20 minit atau sehingga penguji kayu dikeluarkan bersih.

6. Sejukkan dulang mufin selama 5 minit sebelum dipindahkan 

ke rak kek.

Cara memasak

Mufin Walnut Lobak Merah 

12 biji mufin (Hidangan untuk 6 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  220 kcal Karbohidrat  24.5 g

Protein  4.5 g Lemak  11.5 g

Tip Hidangan

•  Taburkan kacang walnut dan 

lobak merah parut sebagai 

hiasan dan krim keju rendah 

lemak sebagai aising.

Tip Pemakanan

•  Lobak merah kaya dengan 

Vitamin A yang penting untuk 

kesihatan mata. Kacang walnut 

kaya dengan omega-3. 

Tugas Chef Cilik

•  Menggaul bahan adunan, 

menuang adunan ke dalam 

dulang mufin dan menghias 

mufin mengikut kreativiti.


118

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.

2. Tutup dan kisar selama 45 hingga 60 saat 

sehingga rata.

3. Tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan sejuk.

250 g (1 cawan) susu rendah lemak

200 g (2 saiz sederhana) pisang masak, dipotong 

kepada ¼ inci tebal

125 ml (½ cawan) jus oren, diperah segar

150 g (1 cawan) yogurt

Gula perang secukup rasa

Bahan-bahan

Cara memasak

Susu Kocak Pisang “O”

(Hidangan untuk 3 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  164 kcal Karbohidrat  28.7 g

Protein  7.0 g Lemak  2.4 g

Tugas Chef Cilik

•  Mengupas pisang, memotong 

pisang dengan pisau plastik.

Tip Pemakanan

•  Sesuai untuk kanak-kanak yang 

tidak berapa suka dengan rasa 

susu biasa!

Tahukah Anda?

Pengambilan susu 

dan produk tenusu 

digalakkan kerana ia 

merupakan sumber yang 

kaya dengan nutrien 

penting, termasuk 

protein, retinol, riboflavin, 

vitamin D, vitamin B12, 

zink, magnesium dan 

kalsium.

Resipi Untuk Kanak-kanak

119

1. Kupas buah-buahan dan buang 

semua biji. Kisarkan buah-buahan 

dengan air.

2. Tambahkan madu secukup rasa.

3. Masukkan kiub ais dan hidangkan 

segera.

230 g (1 biji sederhana) mangga masak

135 g (1 biji) oren

130 g (1 potong) nanas

600 g (1 biji sederhana) betik

325 g (1 biji sederhana) jambu batu

250 ml (1 cawan) air

8 ml (½ sudu makan) madu (ikut pilihan)

Beberapa kiub ais

Bahan-bahan

Cara memasak

Jus Tropika Hawaii 

(Hidangan untuk 6 – 8 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  93 kcal Karbohidrat  19.3 g

Protein  2.7 g Lemak  0.5 g

Tugas Chef Cilik

•  Mengupas kulit buah-buahan, 

dan mengeluarkan biji.

Tip Pemakanan

•  Resipi ini baik untuk anak-anak anda agar 

mereka dapat mengambil lebih banyak 

buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan 

mineral yang diperlukan bagi pertumbuhan dan 

perkembangan mereka. Anda boleh mencipta 

perisa baru dengan memasukkan buah-buahan 

kegemaran anak-anak anda bersama-sama.

120

1. Kisar kesemua bahan bersama dan  

hidangkan sejuk.

250 ml (1 cawan) susu kacang soya

100 g (1 biji) pisang, dibuang kulit dan dipotong 

100 g (1 biji) epal, dibuang biji

179 g (1 biji) kiwi, dikupas kulit

Bahan-bahan

Cara memasak

Smoothie Kacang Soya

(Hidangan untuk 3 orang)

Kandungan Nutrien Setiap Satu Hidangan

Kalori  128 kcal Karbohidrat  25.0 g

Protein  3.9 g Lemak  1.4 g

Tip Hidangan

•  Boleh digantikan dengan buah-

buahan tempatan yang lain 

seperti tembikai susu, tembikai 

dan sebagainya.

Tip Pemakanan

•  Kacang soya tinggi kandungan 

protein, serat dan lemak tak tepu, 

serta kaya dengan vitamin dan 

mineral.

Tugas Chef Cilik

•  Membuang kulit pisang, 

menuangkan susu soya.

Resipi Untuk Kanak-kanak



Related Posts:

  • resep malaysia 2  piring tahan panas dan tuangkan kuah ke atasnya. Kukus di atas air mendidih selama 10-12 minit. Uji sama ada ikan telah masak dengan mencucuk pisau kecil ke bahagian ikan yang paling tebal. Jika dag… Read More